Friday, May 9, 2008

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ


KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ MENGHANCURKAN
TENTERAMUSAILAMAH AL-KAZZAB


NABI PALSKU
: MUSAILAMAH AL-KAZZAB

Di antara orang yang yang mengaku dirinya menjadi nabi yang paling berbahaya ialah Musailamah al-Kazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Musailamah al-Kazzab telah mengaku menjadi Nabi semenjak Rasulullah s.a.w. masih hidup lagi. Dia pernah mengutus surat kepada Rasulullah s.a.w. berbunyi: "Dari Musailamah Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah Kemudian daripada itu, separuh bumi ini buat kami, dan separuh buat Quraisy, tetapi Quraisy tidak adil, wassalam."

Surat itu dibalas oleh Rasulullah s.a.w. :"Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Dari Muhammad Rasulullah kepada Musailamah al-Kazzab, kemudian daripada itu, bumi ini kepunyaan Allah, yang dipusakakan kepada siapa saja yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.Keselamatan bagi orang yang mengikut petunjuk."

Tiga faktor yang menambah bahaya Musailamah al-Kazzab:

1. Kekuatan Bani Hanifah dan keperwiraan mereka dalam peperangan.

2. Musailamah berjaya menipu ar-Rajjal bin Anfuah yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. supaya mengingatinya dan mengembalikannya kepada kebenaran. Setelah tertipu, ar-Rajjal pun berbohong dan mengumumkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengajak Musailamah sama-sama bertugas dalam kenabian itu.

3. Musailamah telah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Sajah dari Bani Tamim yang juga mengaku menjadi nabi. Tempat tinggal Bani Tamim adalah berdekatan dengan sempadan Parsi. Sajah ditaati oleh kaumnya dan bergabung dengan pengikut-pengikut Musailamah.

Ibnu Tabatiba meriwayatkan perkahwinan Musailamah al-Kazzab dengan Sajah iaitu Sajah seorang wanita bangsa Arab dari suku Tamim juga mengaku mendapat wahyu dan menjadi Nabi, kumpulannya lebih ramai dari kumpulan Musailamah. Apabila mengetahui kedatangan Sajah, Musailamah yang pintar berfikir, Lalu dia mengutus kepada Sajah dan mengesyorkan supaya diadakan pertemuan di antara mereka untuk mengkaji wahyu-wahyu mereka dan mana yang didapati lebih benar mestilah diikut oleh yang lain. Sajah telah menerima tawaran itu.

Musailamah pun membuat suatu tempat untuk pertemuan tersebut dengan bau-baunan yang harum semerbak. Seperti kebiasaan, wanita apabila berada berdua-duaan dengan lelaki ditengah bau-bauan yang wangi itu, perasaan kewanitaan akan menjadi segar. Inilah yang berlaku. Di dalam khalwat tersebut, kedua-duanya menjadi lelaki dan perempuan bukan lagi nabi-nabi. Akhirnya mereka bersetuju bahawa wahyu yang mereka terima berasal dari punca yang sama. Sajah mengumumkan kepercayaannya kepada Musailamah begitu juga sebaliknya. Mereka mendakwa sama-sama menjalankan tugas kenabian.

Musailamah mengemukakan hasratnya untuk mengahwini Sajah. Musailamah pun menghantar maskahwin kepada keluarga Sajah. Maskahwin itu ialah memberi cuti kepada keluarga Sajah daripada solat Asar. Ibnu Tabatiba menyebutkan juga sehingga sekarang ramai suku Bani Tamim tidak solat Asar kerana mewarisi adat ini sejak masa itu.Kewafatan Rasulullah s.a.w. telah membuka peluang kepada Musailamah dan pengikutnya untuk mencapai cita-cita mereka.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah bermesyuarat dengan para sahabat dan kaum muslimin bagi menghadapi kesulitan-kesulitan ini iaitu gejala murtad, Nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Di dalam kesulitan yang memuncak ini maka dengan kebesaran dan ketabahan hati Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi semua golongan ini sehingga mereka kembali kepada kebenaran, atau beliau gugur sebagai syahid dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

Ketegasan Abu Bakar disambut dan didokong oleh kaum Muslimin, beliau membentuk sebelas pasukan yang masing-masing dipimpin oleh pahlawan terkenal seperti Khalid al-Walid, Amru al-As, Ikrimah bin Abu Jahal, Syurahbil bin Hasanah dan lain-lain. Sebelum Khalifah Abu Bakar mengirim bala tenteranya terlebih dahulu beliau mengutus surat menerangkan kesamaran yang timbul dan menyeru mereka kembali ke pangkal jalan. Di ingatkan juga akan akibat jika mereka terus dalam kesesatan.

Musailamh ingkar, maka Khalifah Abu Bakar mengarahkan Khalid al-Walid mengetuai serangan ke atas Musailamah dan pengikutnya. Musailamah mempunyai 40 000 bala tentera dari Bani Hanifah serta pengikut-pengikut yang menyokongnya dari suku kaum lain.


Pertempuran sengit terjadi, ar-Rajjal bin Anufah terbunuh. Musailamah dan pengikutnya berundur di suatu taman luas dan bertembok tinggi. Tentera Muslimin menyerbu, maka berlakulah pertempuran sengit yang mengorbankan beribu-ribu jiwa dari kedua belah pihak, sehingga taman itu dikenali sebagai "Taman Maut".

Musailamah al-Kazzab terbunuh dalam pertempuran itu. Ada yang meriwayatkan dia dibunuh oleh Wahsyi, iaitu pembunuh saidina Hamzah dalam peperangan Uhud. Ada yang mengatakan dibunuh oleh Mu'awiyyah, ada yang mengatakan dibunuh kaum muslimin didahului oleh Wahsyi yang melontar tombak dan Abdullah bin Zaid bin Asim al-Ansari yang menetaknya dengan pedang


My personal web: http://pujakesula.blogspot.com/ or http://endyenblogs.multiply.com/journal



Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.

No comments: